Wednesday 29 February 2012

PANDAN LAYER CAKE



Assalamualaikum!!!

salam 1 malaysia buat semua.. :)















salam selasa juga.. bulan ni hanya 29 hb aje.. so rase kejap jer untuk melangkah ke bulan mac.. pejam celik pejam celik dah nak melangkah ke bulan mac. anak ieda pun nak masuk 8 bulan. kejap jer masa nie berlalu.. terasa baru saje melahirkan fahmi. tup2 dah besar dah anak mama sorang nih!! dah tumbuh gigi. tu yang bertambah comey bila senyum. pakat2 nak tayang gigi kat sume orang.. lucu betul la anak mama nih..

pasti pengalaman menjadi seorang ibu amat berharga. sentiasa memerhatikan anak membesar di depan mata kita. setiap hari ada saje gelagat yang mencuit hati.. satu pengalaman yang indah buat semua ibu2 di muka bumi Allah ini. Syukur kepadaMu Ya Allah kerana memberi peluang hamba Mu ini merasainya..














ok lah, agak lama ieda tak bersiaran juga. arini ieda nak kongsi satu resepi. kek ni paling ieda gemar. suka sangat kalo kek pandan nih!! kalo kat kedai, 1kg aje rm62!! mak aihh, mahal betoi...
kek nie dah lama sebenarnya ieda buat untuk besday adik ieda. nie baru nak tayang dan nak kongsi resepi. resepi ni pertama kali ieda cuba dan hasilnya memang berbaloi2!!















nie la besday boy tuuu.. yang baby tu la my little boy!! hehe...

resepi yang sangat sedap ieda ambil dari myresipi yang ditulis oleh mat gebu. resepi beliau memang sedap2 belaka!! memikat hati sesiapa saja yang singgah di blog beliau iaitu dapur tanpa sempadan. rugi jika sesiapa yang tak mencubanya.

16062007412

ok lah, jom kita tengok resepinya.

bahan:
5 biji telur gred A
160 gram gula
125 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder ( diayak bersama tepung )
75 gramminyak jagung
15 gram ovellete
1 sudu teh paste pandan
2 sudu besar susu segar/cair

bahan kastard:
1050 gram santan
225 gram gula
10 gram serbut agar2
100 gram tepung hoen kwee (hijau)
75 ml jus pandan (4 helai daun pandan dikisar)
secubit garam

caranya : (saya sertakan gambar cara2 yang disertakan oleh mat gebu yer)

utk kek

satukan telur, ovelette, gula dan paste pandan dan pukul hingga kembang. perlahankan speed, masukkan tepung sikit2 dan masukkan susu. gaul rata. akhir sekali, masukkan minyak jagung dan gaul rata.
tuangkan adunan kedalam loyang berukuran 8x8 yang telah di griskan.


Step_by_step_117

Step_by_step_118
kemudian bolehlah dibakar sehingga masak mengikut kesesuain oven masing2.
sejukkan diatas redai.

potong dibahagian tepi kek dan kek dipotong 3 lapis.

Abcd0019

cara untuk membuat kastard :

satukan semua bahan dan masak secara double boiler. kacak menggunakn wisk hingga kastard masak dan mengelegak.

Abcd0018


tutup api dah biarkan suam sebelum melapis.

gunakan loyang kek tadi, tuangkan 1/3 kastard kemudian lapiskan kek ditengahnya. kemudian kapiskan dengan kastard. ulang hingga abis. akhir sekali biar kek sahaja diatas. penuhi kestard di tepi loyang.

Abcd0017

masukkan kek kedalam peti sejuk selama sejam. keluarkan dan tabur dengan kelapa kering.
hias mengikut keriativiti masing2...


Step_by_step_119

Abcd0016














ni ada contoh kek yang telah dinaik taraf.. ceewahhh!!! hehehe
cuba lah ye.. gud lak


No comments:

Post a Comment