Wednesday 22 February 2012

CUCUR UDANG

Salam 1 Malaysia semua!!!
hari ni ieda mula berblog tentang resepi yang pertama.. sebelum nie jarang berblog.. memandangkan banyak blog yang ieda singgah tentang dunia masakan, teringin pulak nak aktif berblog. untuk mengisi masa lapang serta sebagai rujukan nanti.. hehehe..






















sebenarnya semalam ieda ada buat cucur udang untuk dikongsi bersama jiran2 di petang hari. cucur udang nie memang menjadi feberet ieda.. nak makan kat pondok depan umah ieda nih! umah ieda ada sebuah pondok yang dibuat oleh tok wan ieda sendiri selepas kami sekeluarga berpindah balik kerumah kami iaitu di taiping nie setelah arwah abah menghembus nafas yang terakhir pada 19 januari 2011. AL-FATIHAH untuk arwah abah...

pondok tuu la tempat untuk famili ieda dan jiran2 berkumpul dan bertukar2 cerita.. bukan mengumpat ye... hehe.. tetapi kusangka panas hingga ke malam, rupanya hujan di petang hari. hujan mencurah2 petang semalam.. adunan cucur banyak pulak tu, sape nak makan?? huhu..

last2, lepas maghrib ieda goreng dan sedekah la dekat jiran. niat dihati nak minum petang, tapi tak jadi pulak dek hujan dipetang hari.
















eh2x, apa la yang ieda melalut dah nih... hahaha... jgn marah yer.. xcited sangat nak berblog la katekan.. hehe..

cucur udang nie lain daripada yang selalu ieda buat sebab rasanya lebih rangup dibahagian kerak cucur tersebut berbanding yang biasa. ini kerana dek kehabisan tepung gandum tetapi adunan masih lembik, aku pun wat la eksperimen dengan menambah tepung lain.. hasilnya tidak lah mengecewakan.. tapi ieda tak sertakan resepi kuah kacang. nanti dilain episod insya'Allah akan disertakan sekali..

















ok lah, jom kita tengok resepi ni.

bahan :

100 gram udang putih
taugeh
kucai
1 biji bawang besar (dihiris)
400 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
garam dan gula (secukup rasa)
sedikit serbuk kunyit
air secukupnya

cara2nya :

masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul hingga sebati. kemudian boleh la menggoreng dalam minyak yang panas..

tips:
nie tips dari mak ieda, untuk menjadikan cucur lebih lembut, adunan boleh la disimpan kedalam peti sejuk 1-2 jam sebelum menggoreng. hasilnya cucur akan lebih lembut.















selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment