Sunday 24 June 2012

rich chocolate moist cake!! yummy2x!!

Assalamualaikum...
salam hujung minggu!!
pastinya setiap keluarga mengambil kesempatan untuk bersama keluarga terchenta!! pastinya si ibu sibuk didapur untuk menyediakan hidangan utk suami dan anak2 atau bersiar2..















pastinya kegembiraan jelas terpancar di wajah si ibu pabila suami dan anak2 menikmati hasil air tanganya.
bagi ieda pula, hanya waktu hujung minggu sahaja lah hari untuk besama suami memandangkan suami bekerja waktu pejabat. sebelum ini, suami bekerja waktu syif. so, banyak lah masa yang terluang. tapi hujung minggu terpaksa bekerja. jika bernasib baik, kene la time cuti pada hari minggu.semua itu kene ikut giliran laaa...

kebetulan pula kami mempunyai citarasa yang sama, iaitu kek coklat. ieda memang hantu coklat la katekan!! tapi tak la pulak memanjang je makan coklat. nanti jarum penimbang pun naik toingg!! toingg!!.. hehe.. dan penyakit pun senang nak hinggap kita!
coklat sememangnya bagus untuk jantung kita. tapi jangan lah makan berlebihan pulak ye.. karang datang pulak penyakit kencing manissssss... huhu... aduss! nyilu je dengar..



















entri kali ni ieda nak kongsikan resepi kek coklat moist. resepi yang di ambil dari chef zubaidah. sangat moist dan cara pembuatannya tersangatlah mudah!! bak kate orang, petik jari jer... hehe... betul ke??

kek yang dilimpahi dengan coklat ganache, sememangnya sedap hingga menjilat jari. kek yang sangat lembut dan lembap. jelas terasa coklatnya khusus bagi penggemar coklat seperti ieda. marveles!!
nak pula dimakan ketika sejuk, perrggghhhh!!!

jom2 terjah resepi nih!
















bahan A :
100 gram serbuk koko
250 gram susu pekat
1 tin susu cair
200 gram gula pasir
200 gram minyak

B :
150 gram tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

3 biji telur

cara2 :
panaskan oven 10 minit dalam suhu 175 darjah celcius.
sapukan minyak kedalam loyang bersaiz 7" atau 8" serta dilapik dengan kertas minyak.
ayak bahan B.
campurkan bahan A kedalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga sebati.
pukul telur menggunakan garfu sahaja hingga sebati sahaja. campurkan kedalam bahan A.
kemudian campurkan kedalam bahan B.
tuang kedalam loyang dan bakar selama 55 minit atau sehingga masak.

coklat ganache :
600 gram coklat compound
300 ml whipping cream

panaskan whipping cream. masukkan coklat yang telah diparut kecil2.
tuang diatas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu..
sedia untuk dinikmati!!



















selamat mencuba!!

1 comment:

  1. salam Ayieda

    Salam kenal dari akak ^_^

    menarik resepi ni.. bahan mudah dan cara membuatnya pun ringkas..

    insyaallah nanti akak cuba!

    ReplyDelete