Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Monday, 5 November 2012

LAGIK2 CHOCOLATE MOIST CAKE!!

assalamualaikum!!
apa khabar anda sekalian..
diharap mendapat kesihatan yang baik sepanjang masa dan mendapat perlindungan dari-NYA..

agak banyak juga entri yang masih dalam simpanan ieda. semua tunggu giliran utk di publish dlm blog ini..
disebabkna masa sangat mencemburui ieda, agak berkurun jugak le untuk ieda update blog yang satu nie.. huhu..

















sekarang nie cuaca tak menentu.. so, jaga kesihatan ye...
ieda baru saje mengalami muntah2 dan cirit birit selama 5 hari.. tersangatlah letih!! bukan ieda je, anak n hubby pun skali.. yg paling kesian nya sikecik tu laaa... sampai lembik dibuatnya.

baru je baik dari sakit, pagi ni fahmi demam lagi.. panas sgt badannya sampai 39.3 darjah celcius!! kejap lagi nak kene ke klinik laaa... tunggu dia bangun dulu..

sedih bila tgk anak yang masih kecil sakit. kalau la boleh digantiii.... semoga anak mama cepat sembuh.. aminnn!!!



















ok lah, entri kali ini ieda tayang kan kek yang sangat moist kejadiannya! mmg kek feberet ieda nih! tersangatlah sedap dan yang paling suka sgt, tersangatlah mudah membuatnya!!

jika yang masih belum ada resepi nie, boleh tengok DI SINI..

















salam sayang semua!!

SELAMAT MENCUBA...

SNOWY CHEESE CAKE



ASSALAMUALAIKUM....


















selamat pagi selasa semua!!!!

sungguh lama ieda x update blog yang satu nih.. bz dengan anak, keluarga n biz... huhu...
udah tak terkire berapa kurun lamanya... ewahhh!!


tergoda tak tengok cheese cake nie?? hehehe...
saje pepagi tayang cheese cake.. rasanya, fuhh!!! terangkat tau!! sebenarnya cheese cake nie ieda buat masa raya haji haritu.. tp biasa lah, slalu lmbt msuk entri... bz mengalahkan mak datin yo...

sebenranya ciskek (short form la ye...) ni lain sikit dari ciskek2 yang ada diluar tu... didalamnya kek span yang sangat lembut dan gebu...


















ditengahnya dilapisi cream cheese dan dilitupi keseluruhan kek dengan cream cheese serta ditaburi parutan cis... sangat sesuai untuk menambah jarum penimbang!! haha... tp makan sikit2, apa salahnya ye x?


ciskek nie sgt femes la dkt blog skrg nih.. buatnya pun mudah berbanding indulgnce chocolate cake.. nnt ieda sertakan resepi indulgance.. mmg feberet ieda kek tuuuu....















resepi kek ni ieda amik dari blog teratak impian .. cuma ada bahan yang ieda tambah untuk menepati citarasa.. tak banyak pun, cuma satu bahan jer..

sebenarnya ieda tak pernah rasa pun ciskek nie.. so, tak berani la nak derhaka. takut nanti x jadi plak.
pok pek pok pek, jom kita semak resepi dulu..

SNOWY CHEESE CAKE
sumber rujukan : kak zai teratak impian

bahan kek :
6 biji telur - 2 daripadanya dibuang putih telur
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong @ blue key
60 gram tepung jagung MAIZENA
50 gram air sejuk dari peti sejuk
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovelette
75 gram butter cair

bahan cream cheese :
250 gram cream cheese
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh air + 1 sudu teh gelatin (cairkan secara double boiler)

hiasan :
parutan cheddar cheese

cara2 membuat kek :

panaskan oven mengikut kesesuaian oven masing2. sediakan loyang 8 @ 9".. sapu sedikit minyak dan alas dengan kertas minyak.
ayak kedua2 tepung bersama baking powder.
putar telur dengan gula dengan kelajuan maksima hingga kembang. masukkan ovelette dan putar hingga putih dan gebu.
masukkan tepung sikit2 berselang seli dengan air sejuk.
putar kembali. akhir sekali masukkan butter cair. putar hingga sebati..
bakar kek hingga masak. sejukkan dan belah dua.

ok, kita sediakan cream cheese pulak.
campur kesemua bahan dan putar hingga kembang dan berkilat.
sapu ditengah kek dan keseluruhan.. kemudian tabur parutan cheedar cheese. simpan dalam peti sejuk selama sejam.
sedia dihidangkan..

















ini lah rupanya bila dah dipotong..

SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday, 24 June 2012

rich chocolate moist cake!! yummy2x!!

Assalamualaikum...
salam hujung minggu!!
pastinya setiap keluarga mengambil kesempatan untuk bersama keluarga terchenta!! pastinya si ibu sibuk didapur untuk menyediakan hidangan utk suami dan anak2 atau bersiar2..















pastinya kegembiraan jelas terpancar di wajah si ibu pabila suami dan anak2 menikmati hasil air tanganya.
bagi ieda pula, hanya waktu hujung minggu sahaja lah hari untuk besama suami memandangkan suami bekerja waktu pejabat. sebelum ini, suami bekerja waktu syif. so, banyak lah masa yang terluang. tapi hujung minggu terpaksa bekerja. jika bernasib baik, kene la time cuti pada hari minggu.semua itu kene ikut giliran laaa...

kebetulan pula kami mempunyai citarasa yang sama, iaitu kek coklat. ieda memang hantu coklat la katekan!! tapi tak la pulak memanjang je makan coklat. nanti jarum penimbang pun naik toingg!! toingg!!.. hehe.. dan penyakit pun senang nak hinggap kita!
coklat sememangnya bagus untuk jantung kita. tapi jangan lah makan berlebihan pulak ye.. karang datang pulak penyakit kencing manissssss... huhu... aduss! nyilu je dengar..



















entri kali ni ieda nak kongsikan resepi kek coklat moist. resepi yang di ambil dari chef zubaidah. sangat moist dan cara pembuatannya tersangatlah mudah!! bak kate orang, petik jari jer... hehe... betul ke??

kek yang dilimpahi dengan coklat ganache, sememangnya sedap hingga menjilat jari. kek yang sangat lembut dan lembap. jelas terasa coklatnya khusus bagi penggemar coklat seperti ieda. marveles!!
nak pula dimakan ketika sejuk, perrggghhhh!!!

jom2 terjah resepi nih!
















bahan A :
100 gram serbuk koko
250 gram susu pekat
1 tin susu cair
200 gram gula pasir
200 gram minyak

B :
150 gram tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

3 biji telur

cara2 :
panaskan oven 10 minit dalam suhu 175 darjah celcius.
sapukan minyak kedalam loyang bersaiz 7" atau 8" serta dilapik dengan kertas minyak.
ayak bahan B.
campurkan bahan A kedalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga sebati.
pukul telur menggunakan garfu sahaja hingga sebati sahaja. campurkan kedalam bahan A.
kemudian campurkan kedalam bahan B.
tuang kedalam loyang dan bakar selama 55 minit atau sehingga masak.

coklat ganache :
600 gram coklat compound
300 ml whipping cream

panaskan whipping cream. masukkan coklat yang telah diparut kecil2.
tuang diatas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu..
sedia untuk dinikmati!!



















selamat mencuba!!

Wednesday, 29 February 2012

PANDAN LAYER CAKE



Assalamualaikum!!!

salam 1 malaysia buat semua.. :)















salam selasa juga.. bulan ni hanya 29 hb aje.. so rase kejap jer untuk melangkah ke bulan mac.. pejam celik pejam celik dah nak melangkah ke bulan mac. anak ieda pun nak masuk 8 bulan. kejap jer masa nie berlalu.. terasa baru saje melahirkan fahmi. tup2 dah besar dah anak mama sorang nih!! dah tumbuh gigi. tu yang bertambah comey bila senyum. pakat2 nak tayang gigi kat sume orang.. lucu betul la anak mama nih..

pasti pengalaman menjadi seorang ibu amat berharga. sentiasa memerhatikan anak membesar di depan mata kita. setiap hari ada saje gelagat yang mencuit hati.. satu pengalaman yang indah buat semua ibu2 di muka bumi Allah ini. Syukur kepadaMu Ya Allah kerana memberi peluang hamba Mu ini merasainya..














ok lah, agak lama ieda tak bersiaran juga. arini ieda nak kongsi satu resepi. kek ni paling ieda gemar. suka sangat kalo kek pandan nih!! kalo kat kedai, 1kg aje rm62!! mak aihh, mahal betoi...
kek nie dah lama sebenarnya ieda buat untuk besday adik ieda. nie baru nak tayang dan nak kongsi resepi. resepi ni pertama kali ieda cuba dan hasilnya memang berbaloi2!!















nie la besday boy tuuu.. yang baby tu la my little boy!! hehe...

resepi yang sangat sedap ieda ambil dari myresipi yang ditulis oleh mat gebu. resepi beliau memang sedap2 belaka!! memikat hati sesiapa saja yang singgah di blog beliau iaitu dapur tanpa sempadan. rugi jika sesiapa yang tak mencubanya.

16062007412

ok lah, jom kita tengok resepinya.

bahan:
5 biji telur gred A
160 gram gula
125 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder ( diayak bersama tepung )
75 gramminyak jagung
15 gram ovellete
1 sudu teh paste pandan
2 sudu besar susu segar/cair

bahan kastard:
1050 gram santan
225 gram gula
10 gram serbut agar2
100 gram tepung hoen kwee (hijau)
75 ml jus pandan (4 helai daun pandan dikisar)
secubit garam

caranya : (saya sertakan gambar cara2 yang disertakan oleh mat gebu yer)

utk kek

satukan telur, ovelette, gula dan paste pandan dan pukul hingga kembang. perlahankan speed, masukkan tepung sikit2 dan masukkan susu. gaul rata. akhir sekali, masukkan minyak jagung dan gaul rata.
tuangkan adunan kedalam loyang berukuran 8x8 yang telah di griskan.


Step_by_step_117

Step_by_step_118
kemudian bolehlah dibakar sehingga masak mengikut kesesuain oven masing2.
sejukkan diatas redai.

potong dibahagian tepi kek dan kek dipotong 3 lapis.

Abcd0019

cara untuk membuat kastard :

satukan semua bahan dan masak secara double boiler. kacak menggunakn wisk hingga kastard masak dan mengelegak.

Abcd0018


tutup api dah biarkan suam sebelum melapis.

gunakan loyang kek tadi, tuangkan 1/3 kastard kemudian lapiskan kek ditengahnya. kemudian kapiskan dengan kastard. ulang hingga abis. akhir sekali biar kek sahaja diatas. penuhi kestard di tepi loyang.

Abcd0017

masukkan kek kedalam peti sejuk selama sejam. keluarkan dan tabur dengan kelapa kering.
hias mengikut keriativiti masing2...


Step_by_step_119

Abcd0016














ni ada contoh kek yang telah dinaik taraf.. ceewahhh!!! hehehe
cuba lah ye.. gud lak