Monday 12 March 2012

TEPUNG PELITA

Assalamualaikum...


apa khabar sume... hehe...
agak banyak hari juga ieda menghilangkan diri dari berblog, tiba2 ari ni muncul utk berkongsi 1 resepi yang mmg menjadi kegemaran ieda serta keluarga..

kuih ni mmg femes la kalau tiba bulan pose.. bagi ieda cukup sedap, terasa lemak, masin n manis digabung bersama.. terasa laju je menyusuri anak tekak nie.. tambah pula makan ketika kuih ni baru lepas kuar dari peti sejuk, makk aiiihhhh!!! teramatlah sodap!! hehe...





















dulu ianya diisi dalam lipatan daun pandan, tapi sekarang nih dah moden..
nak lipat daun pandan agak rumit, bagi ieda yang xde seni nih,mmg xkan menjadi laa... letak je dalam bekas kecik2 lg senang, kan2x?? hehe...
kuih ni mmg best kalo disimpan dalam peti sejuk.. tak caya?? try la. pasti x mengecewakan.. betooiiii..

eh, jom kita intai resepinya..
resepi nie ieda intai2 dalam my.resipi oleh yani. resepi2 yani ni mmg menjadi sesangat selain mat gebu dan lelain. pasti tak mengecewakan kalo dicuba.

bahan2 :

A:
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan (blend dgn sedikit air)
2 sudu besar air kapur

B:
1 biji kelapa diblend dgn 4 cawan air - perahkan
4 sudu rata tepung beras
secubit garam

cara2:
satukan semua bahan A kedalam periuk dan kacau hingga masak iaitu mengelegak, berkilat serta pekat. anggaran dalam 30-40 minit menggunakan api yang perlahan.
setelah masak, masukkan adunan kedalam bekas. apabila sejuk sedikit, taburkan gula pasir sebanyak 1/2 sudu kecil rata @ mengikut citarasa anda keatas adunan pandan. biarkan.

satukan bahan B kedalam periuk. kacau dengan menggunakan api perlahan. kacau hingga santan mendidih dan pekat. kemudian masukkan adunan kedalam bekas yang terisi adunan pandan tadi.. biarkan ianya mengeras dengan sendiri.
sedap dimakan jika dimasukkan kedalam peti sejuk


















selamat mencuba!!





Monday 5 March 2012

segmen aku ada blog

assalamualaikum..........!!!

sebenarnya entri pada kali nie ieda hanya ingin menyertai peraduan 'aku ada blog' anjuran cik ross untuk menambah serta berkenal2an dengan rakan blogger..

ok lah dipendekkan cerita biarlah ieda prkenalkan diri ieda yer...

nama samaran ieda ialah ieda la.. hahaha... tp mana penuh nurhidayah binti azmi

korang boleh follow blog ieda dan blog bisness ieda.. hihi... dapat jgk ieda tambah customer ye tak??
ayiedabakery.blogspot.com

thanks a lot too kak ross. hehe...

dan yang terakhir, sbnarnya ieda masih baru dlm dunia blog nie.. baru berberapa bulan aje.. tak sampai setahun jagung pon!! hehe
sbab tu tak banyak entri lagi. coz bz update blog bisness

ok lah, rajin2 la ke blog ieda yer..