Monday 5 November 2012

LAGIK2 CHOCOLATE MOIST CAKE!!

assalamualaikum!!
apa khabar anda sekalian..
diharap mendapat kesihatan yang baik sepanjang masa dan mendapat perlindungan dari-NYA..

agak banyak juga entri yang masih dalam simpanan ieda. semua tunggu giliran utk di publish dlm blog ini..
disebabkna masa sangat mencemburui ieda, agak berkurun jugak le untuk ieda update blog yang satu nie.. huhu..

















sekarang nie cuaca tak menentu.. so, jaga kesihatan ye...
ieda baru saje mengalami muntah2 dan cirit birit selama 5 hari.. tersangatlah letih!! bukan ieda je, anak n hubby pun skali.. yg paling kesian nya sikecik tu laaa... sampai lembik dibuatnya.

baru je baik dari sakit, pagi ni fahmi demam lagi.. panas sgt badannya sampai 39.3 darjah celcius!! kejap lagi nak kene ke klinik laaa... tunggu dia bangun dulu..

sedih bila tgk anak yang masih kecil sakit. kalau la boleh digantiii.... semoga anak mama cepat sembuh.. aminnn!!!



















ok lah, entri kali ini ieda tayang kan kek yang sangat moist kejadiannya! mmg kek feberet ieda nih! tersangatlah sedap dan yang paling suka sgt, tersangatlah mudah membuatnya!!

jika yang masih belum ada resepi nie, boleh tengok DI SINI..

















salam sayang semua!!

SELAMAT MENCUBA...

SNOWY CHEESE CAKE



ASSALAMUALAIKUM....


















selamat pagi selasa semua!!!!

sungguh lama ieda x update blog yang satu nih.. bz dengan anak, keluarga n biz... huhu...
udah tak terkire berapa kurun lamanya... ewahhh!!


tergoda tak tengok cheese cake nie?? hehehe...
saje pepagi tayang cheese cake.. rasanya, fuhh!!! terangkat tau!! sebenarnya cheese cake nie ieda buat masa raya haji haritu.. tp biasa lah, slalu lmbt msuk entri... bz mengalahkan mak datin yo...

sebenranya ciskek (short form la ye...) ni lain sikit dari ciskek2 yang ada diluar tu... didalamnya kek span yang sangat lembut dan gebu...


















ditengahnya dilapisi cream cheese dan dilitupi keseluruhan kek dengan cream cheese serta ditaburi parutan cis... sangat sesuai untuk menambah jarum penimbang!! haha... tp makan sikit2, apa salahnya ye x?


ciskek nie sgt femes la dkt blog skrg nih.. buatnya pun mudah berbanding indulgnce chocolate cake.. nnt ieda sertakan resepi indulgance.. mmg feberet ieda kek tuuuu....















resepi kek ni ieda amik dari blog teratak impian .. cuma ada bahan yang ieda tambah untuk menepati citarasa.. tak banyak pun, cuma satu bahan jer..

sebenarnya ieda tak pernah rasa pun ciskek nie.. so, tak berani la nak derhaka. takut nanti x jadi plak.
pok pek pok pek, jom kita semak resepi dulu..

SNOWY CHEESE CAKE
sumber rujukan : kak zai teratak impian

bahan kek :
6 biji telur - 2 daripadanya dibuang putih telur
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong @ blue key
60 gram tepung jagung MAIZENA
50 gram air sejuk dari peti sejuk
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovelette
75 gram butter cair

bahan cream cheese :
250 gram cream cheese
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh air + 1 sudu teh gelatin (cairkan secara double boiler)

hiasan :
parutan cheddar cheese

cara2 membuat kek :

panaskan oven mengikut kesesuaian oven masing2. sediakan loyang 8 @ 9".. sapu sedikit minyak dan alas dengan kertas minyak.
ayak kedua2 tepung bersama baking powder.
putar telur dengan gula dengan kelajuan maksima hingga kembang. masukkan ovelette dan putar hingga putih dan gebu.
masukkan tepung sikit2 berselang seli dengan air sejuk.
putar kembali. akhir sekali masukkan butter cair. putar hingga sebati..
bakar kek hingga masak. sejukkan dan belah dua.

ok, kita sediakan cream cheese pulak.
campur kesemua bahan dan putar hingga kembang dan berkilat.
sapu ditengah kek dan keseluruhan.. kemudian tabur parutan cheedar cheese. simpan dalam peti sejuk selama sejam.
sedia dihidangkan..

















ini lah rupanya bila dah dipotong..

SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday 24 June 2012

rich chocolate moist cake!! yummy2x!!

Assalamualaikum...
salam hujung minggu!!
pastinya setiap keluarga mengambil kesempatan untuk bersama keluarga terchenta!! pastinya si ibu sibuk didapur untuk menyediakan hidangan utk suami dan anak2 atau bersiar2..















pastinya kegembiraan jelas terpancar di wajah si ibu pabila suami dan anak2 menikmati hasil air tanganya.
bagi ieda pula, hanya waktu hujung minggu sahaja lah hari untuk besama suami memandangkan suami bekerja waktu pejabat. sebelum ini, suami bekerja waktu syif. so, banyak lah masa yang terluang. tapi hujung minggu terpaksa bekerja. jika bernasib baik, kene la time cuti pada hari minggu.semua itu kene ikut giliran laaa...

kebetulan pula kami mempunyai citarasa yang sama, iaitu kek coklat. ieda memang hantu coklat la katekan!! tapi tak la pulak memanjang je makan coklat. nanti jarum penimbang pun naik toingg!! toingg!!.. hehe.. dan penyakit pun senang nak hinggap kita!
coklat sememangnya bagus untuk jantung kita. tapi jangan lah makan berlebihan pulak ye.. karang datang pulak penyakit kencing manissssss... huhu... aduss! nyilu je dengar..



















entri kali ni ieda nak kongsikan resepi kek coklat moist. resepi yang di ambil dari chef zubaidah. sangat moist dan cara pembuatannya tersangatlah mudah!! bak kate orang, petik jari jer... hehe... betul ke??

kek yang dilimpahi dengan coklat ganache, sememangnya sedap hingga menjilat jari. kek yang sangat lembut dan lembap. jelas terasa coklatnya khusus bagi penggemar coklat seperti ieda. marveles!!
nak pula dimakan ketika sejuk, perrggghhhh!!!

jom2 terjah resepi nih!
















bahan A :
100 gram serbuk koko
250 gram susu pekat
1 tin susu cair
200 gram gula pasir
200 gram minyak

B :
150 gram tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

3 biji telur

cara2 :
panaskan oven 10 minit dalam suhu 175 darjah celcius.
sapukan minyak kedalam loyang bersaiz 7" atau 8" serta dilapik dengan kertas minyak.
ayak bahan B.
campurkan bahan A kedalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga sebati.
pukul telur menggunakan garfu sahaja hingga sebati sahaja. campurkan kedalam bahan A.
kemudian campurkan kedalam bahan B.
tuang kedalam loyang dan bakar selama 55 minit atau sehingga masak.

coklat ganache :
600 gram coklat compound
300 ml whipping cream

panaskan whipping cream. masukkan coklat yang telah diparut kecil2.
tuang diatas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu..
sedia untuk dinikmati!!



















selamat mencuba!!

Saturday 23 June 2012

pantai merdekaaaa!!!!! aku datangggg!!!!

Assalamualaikummmm....!!!!

ape khabar sume... lama dah ieda x msukkan entri jalan2 kan.. hehe.. coz lama x p bercuti, mata xde la yang leh ieda share dgn semua..

kali nie ieda nak sharekan entry ieda jalan2 di pantai merdeka, kedah. alaaa.... ingat tak lagu 'cinta pantai merdeka'... ? tiap kali ieda smpai ke sini, pasti tringat lagu tuuu... lagu femes masa zaman ieda sekolah dulu.. tapi bkn zaman cintan cintun.. zaman sekolah bkn zaman cintan cintun ieda.. hihi.. bukan lah budak baik sangat, tapi malas la nak kapel2... ceeewahhhh!!!!

sebenarnya nak ke pantai merdeka ni kami ikut jalan tikam batu. kemudian kami dihidangi dengan permandangan yang sangat indah. permandangan sawah padi sepanjang berberapa kilometer. sungguh cantik!! bak karpet hijau luas terbentang. cantikkkk!!

kemudian kami melalui pekan kuala muda.kira muara laut la.. banyak sampan2 kelihatan di muara. terus kami melalui ke pulau sayak, singgah sebentar ke rumah tok sedara dan sampai lah kami ditempat yang hendak ditujui.. sepanjang jalan kami melalui kawasan perkampungan. kira memang betul2 balik kampung lah!!

























nie masa mula2 sampai.. ieda datang dgn kakak, abang ipar n anak2 diorang serta tok dan tok wan ieda.. mak n hubby tak datang.. ekceli kampung ieda ni kat sg. petani, kedah.. kita orang jalan2 umah tok sedara dekat pulau sayak, kota kuala muda. dah dekat dah tu dengan pantai merdeka. akan tetapi tidak lah kami menyeberangi laut untuk ke tanjung dawai. bab nak naik bot kcik je untuk sampai kesana, idak le teman!! huhu.. tak berani ieda nak naik dengan dak kecik nih. kalau bot ke langkawi, bila2 masa pon boleh!! hihi..
dak kecik yang teruja tgk laut



















bila hubby tak join sekali, terpaksa la ieda dukung dak kecik nie sepanjang jalan.. kebetulan kami datang time cuti sekolah. so, ada aktiviti di pantai nie.. ada expo dan lelain. best jugak. dah banyak perubahan kat sini.. dah berberapa tahun tak datang, memang banyak perubahan dan pembangunan. pantai yang lebih trjaga kebersihannya berbanding dahulu kala..


jom layan pic kat pantai merdeka nie..


anak mama pandang ape tuuu??





















ooo... layang2 ben10 rupanya.. hehe



cantikkan..




























nanti kita orang plan nak brmalam kat sini.. tapi bila tu tak tau laaa... plan nak berkhemah dan wat BBQ ditepi pantai.. mesti bestkan!! malam mengadap unggun api sambil ditemani dengan deruan ombak serta kerdipan bintang dilangit yang luas terbentang.

nantikan entri akan datang jika hasrat kami termakbul... :)
sweet memory...

Friday 22 June 2012

PUDING ROTI MARBLE

Assalamualaikum...


sumber cik google aka hana..























lama sudah ieda x bersiaran.. sibuk menguruskan hal2 yang berkenaan sekarang nih.. hehe.. maklumlah, skarang bz dengan fahmi, dak sikecik yg semakin membesar dan boleh tahan lagaknya..

dan x berapa lama lagi kita akan menyambut ramadhan seterusnya syawal.. bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan dan diakhiri dengan bulan yang penuh kegembiraan.. maklumlah, sebulan menahan lapar dan dahaga. tp bkn sepanjang masa pun!! hanya brberapa jam je..

justeru itu, ida mengambil kesempatan utk mencari rezeki lebih pada bulan yang penuh dengan barakah itu. bulan yang memberi pintu rezeki yang lbih buat peniaga2 termasuklah ieda. ALHAMDULILLAH...!!
ieda mengambil tempahan kukis raya. tahun lepad ieda x berkesmpatan disebabkan lahirnya putera jantung hati ieda dan suami.. berpantang dlm bulan puasa.. tahun sebelumnya ieda bisnes dengan adik ipar.. Alhamdulillah, rezeki..

ok lah!! dah jauh ieda menyimpang. bila bercerita, bagaikan tiada nokhtahnya! hehe..

berbalik pada cerita asal, ieda sbnrnya ingin berkongsi satu resepi yang buat pertama kalinya mencuba terus jatuh hati!! hehe.. ala2 mcm cinta pandang pertama gituuuu.. ceewahhh!!

sumber cik google..



















puding yg sngt sesuai dinikmati ketika musim panas. makan sejuk2, sedap je tekak ni.. diadun bersama adunan coklat utk menambah kenikmatan puding tersebut. sgt sedap bagi tekak ieda dan keluarga. juga mendapat tempat dihati jiran2 serta sanak saudara. semua pakat2 mintak resepi.. cayalah!!

ieda juga pnh wat untuk kenduri arwah. licin beb!!

resepi ni sbnrnya dah lama bersarang dlm list resepi yang ingin ieda kongsi bersama.. cuma masa membatasi segalanya.. resepi yang ieda terjah dari myResipi.com, kalo tak salah tuan punya resepi hana namanya.. thanks hana dan izinkan ieda share disini pulak ye!

jom semak resepi..

bahan A :

4 keping roti gardenia
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
1 sudu teh e.vanila
1/2 cawan air

* blend semua bahan sehingga hancur..

bahan B :

3 cawan air
8 gram serbuk agar2 @ 2 sudu besar
1/2 cawan gula pasir

1/2 sudu besar sudu butter
2 sudu besar serbuk koko

cara2nya :

didihkan air dan agar2 hingga mendidih..
masukkan bahan A serta butter dan kacau hingga pekat.
apabila adunan dah pekat, bahagikan kepada 2 adunan..
satu adunan dicampurkan dengan serbuk koko. guna wisk lagi mudah utk sebati. korang kena cepat sebab adunan cepat membeku.
kemudian ambil loyang dan buat lapisan marble..
biarkan sejuk sikit pastu masukkan dalam esbox..






















yang nie ieda wat. tggl gmbar ni je yang ada dlm laptop. gmbar yang dah siap potong sume dah terdelete oleh ieda.. huhu... nasib la labuuuuu.... janji ado!! hehe..

slmt mencuba!!

















Monday 12 March 2012

TEPUNG PELITA

Assalamualaikum...


apa khabar sume... hehe...
agak banyak hari juga ieda menghilangkan diri dari berblog, tiba2 ari ni muncul utk berkongsi 1 resepi yang mmg menjadi kegemaran ieda serta keluarga..

kuih ni mmg femes la kalau tiba bulan pose.. bagi ieda cukup sedap, terasa lemak, masin n manis digabung bersama.. terasa laju je menyusuri anak tekak nie.. tambah pula makan ketika kuih ni baru lepas kuar dari peti sejuk, makk aiiihhhh!!! teramatlah sodap!! hehe...





















dulu ianya diisi dalam lipatan daun pandan, tapi sekarang nih dah moden..
nak lipat daun pandan agak rumit, bagi ieda yang xde seni nih,mmg xkan menjadi laa... letak je dalam bekas kecik2 lg senang, kan2x?? hehe...
kuih ni mmg best kalo disimpan dalam peti sejuk.. tak caya?? try la. pasti x mengecewakan.. betooiiii..

eh, jom kita intai resepinya..
resepi nie ieda intai2 dalam my.resipi oleh yani. resepi2 yani ni mmg menjadi sesangat selain mat gebu dan lelain. pasti tak mengecewakan kalo dicuba.

bahan2 :

A:
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan (blend dgn sedikit air)
2 sudu besar air kapur

B:
1 biji kelapa diblend dgn 4 cawan air - perahkan
4 sudu rata tepung beras
secubit garam

cara2:
satukan semua bahan A kedalam periuk dan kacau hingga masak iaitu mengelegak, berkilat serta pekat. anggaran dalam 30-40 minit menggunakan api yang perlahan.
setelah masak, masukkan adunan kedalam bekas. apabila sejuk sedikit, taburkan gula pasir sebanyak 1/2 sudu kecil rata @ mengikut citarasa anda keatas adunan pandan. biarkan.

satukan bahan B kedalam periuk. kacau dengan menggunakan api perlahan. kacau hingga santan mendidih dan pekat. kemudian masukkan adunan kedalam bekas yang terisi adunan pandan tadi.. biarkan ianya mengeras dengan sendiri.
sedap dimakan jika dimasukkan kedalam peti sejuk


















selamat mencuba!!





Monday 5 March 2012

segmen aku ada blog

assalamualaikum..........!!!

sebenarnya entri pada kali nie ieda hanya ingin menyertai peraduan 'aku ada blog' anjuran cik ross untuk menambah serta berkenal2an dengan rakan blogger..

ok lah dipendekkan cerita biarlah ieda prkenalkan diri ieda yer...

nama samaran ieda ialah ieda la.. hahaha... tp mana penuh nurhidayah binti azmi

korang boleh follow blog ieda dan blog bisness ieda.. hihi... dapat jgk ieda tambah customer ye tak??
ayiedabakery.blogspot.com

thanks a lot too kak ross. hehe...

dan yang terakhir, sbnarnya ieda masih baru dlm dunia blog nie.. baru berberapa bulan aje.. tak sampai setahun jagung pon!! hehe
sbab tu tak banyak entri lagi. coz bz update blog bisness

ok lah, rajin2 la ke blog ieda yer..